Mimbar Pendidikan
Jurnal Pendidikan
« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829 APLIKASI TEORI ‘WHOLE BRAIN’ DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS : SATU KAJIAN KES
Kartini Abdul Mutalib & Ahamad Shabudin Yahaya,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik,
Negeri Sembilan ............ 585Abstrak
Kajian kes ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti kesan aplikasi teori ‘Whole Brain” dalam pengajaran dan pembelajaran sains sewaktu guru pelatih menjalani praktikum fasa ketiga di sekolah rendah. Data bagi kajian ini dikumpulkan melalui tiga jenis kaedah iaitu pemerhatian, catatan jurnal refleksi dan juga temu bual. Dapatan kajian ini mendapati bahawa aplikasi teori ‘Whole Brain” dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah memberikan kesan yang positif terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran sains. Hasil analisis pemerhatian mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam perlakuan guru serta tingkah laku murid dalam aspek kawalan dan pengurusan kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Hal ini disokong dengan analisis catatan jurnal refleksi guru yang menunjukkan bahawa aspek kawalan guru dan aspek disiplin murid telah dapat ditambahbaik. Murid yang ditemu bual juga bersetuju bahawa pembelajaran menjadi lebih terkawal, tersusun dan menarik apabila guru menggunakan teori tersebut. Selain daripada tema pengajaran guru terdapat juga tema lain yang ditemui kesan aplikasi teori ‘Whole Brain” dalam pengajaran dan pembelajaran sains iaitu pembelajaran murid dan juga elemen abad 21. Namun begitu, kajian lanjut melibatkan lebih ramai sampel kajian boleh dilakukan di masa hadapan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih menyeluruh tentang kesan aplikasi teori ‘Whole Brain” dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci : teori ‘Whole Brain”, kajian kes, kawalan kelas, pengajaran dan pembelajaran sains
Abstrak DOC
Abstrak PDF
Fulltext PDF
Send to email
Print
Share on Facebook
© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.