Mimbar Pendidikan Dasar
Jurnal yang menampung karya ilmiah berkaitan dengan pendidikan dasar, rujukan ilmiah, publikasi ilmiah, kebijakan, kurikulum pendidikan dasar dan perkembangan pendidikan dan pembelajaran di jenjang pendidikan dasar.
EDISI
« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID IV Halaman: 1193-1457PELAKSANAAN PEDAGOGI INKLUSIF DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI
1)Mohd. Khamdani Bin Sairi,
dkk,
IPGKIK,
Kuala LumpurAbstrak
Kajian kualitatif secara kajian kes ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan Pedagogi inklusif di salah sebuah sekolah di Felda. Empat orang guru Pendidikan Jasmani telah terlibat dalam kajian ini. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah perbandingan secara berterusan untuk menganalisis data. Data diperolehi dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam, pemerhatian langsung dan analisis dokumen. Pemilihan peserta kajian berdasarkan persampelan bertujuan bagi mendapatkan pemahaman mendalam dan terperinci tentang fenomena yang dikaji. Proses penganalisisan dan pengumpulan data dijalankan secara serentak dan berterusan sehingga data mencapai tahap ketepuan. Penganalisisan data dilakukan dengan membanding dan menghubungkan konsep dan kategori yang timbul dari data yang dikumpulkan menggunakan kaedah perbandingan secara berterusan bagi memperoleh binaan asas model. Program NVivo 2.0 diaplikasikan untuk membantu mengurus, menganalisis dan menginterpretasikan data secara sistematik dan berkesan. Kajian awal bahawa guru P. Jasmani sekolah kajian tidak sedar akan pedagogi inklusif. Namun setelah diterangkan, mereka menyedari bahawa sebahagian pelaksanaan PdP yang dilaksanakan selama ini telah melibatkan beberapa strategi dalam pedagogi inklusif. Selain itu guru Pendidikan Jasmani juga telah menentukan kriteria pembelajaran sebelum melaksanakan sesuatu sesi PdP. Guru juga turut memberi peluang kepada pelajar untuk memilih tahap pembelajaran berdasarkan tahap kebolehan. Di samping itu guru juga telah menyediakan aktiviti-aktiviti yang mudah hingga sukar untuk membolehkan semua murid merasai kejayaan. Guru juga telah menyediakan beberapa kumpulan bagi menentukan murid-murid dapat melaksanakan aktiviti berdasarkan tahap kebolehan.
Kata kunci : Pedagogi inklusif; Berpusat Guru: Berpusatkan pelajar
Abstrak DOC
Abstrak PDF
Send to email
Print
Share on Facebook
© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.