Portal Jurnal UPI

Mimbar Pendidikan Dasar

Jurnal yang menampung karya ilmiah berkaitan dengan pendidikan dasar, rujukan ilmiah, publikasi ilmiah, kebijakan, kurikulum pendidikan dasar dan perkembangan pendidikan dan pembelajaran di jenjang pendidikan dasar.

EDISI

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

PERSEPSI GURU-GURU TERHADAP MARTABAT KEGURUAN DALAM MILENIUM BARU: BERLAKU PENINGKATAN ATAU KEMEROSOTAN?

Selvam Narayanasamy & Vijayaletcmy Muniyandy IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur .............. 299
Abstrak
Pada milenium ini martabat guru mula tercalar oleh kritikan seperti pengajaran guru yang membosankan kerana guru-guru yang dipilih tidak berkualiti, kemerosotan akhlak segelintir guru dan masalah disiplin murid yang kritikal akibat latihan perguruan yang tidak menepati keperluan semasa, kegagalan dasar pendidikan baru seperti KBSR akibat tiada kemantapan dalam keguruan, persekitaran kerja yang masih pada tahap lama serta slip gaji guru-guru yang tidak kompetitif merupakan faktor yang mendorong pakar pendidikan befikir tentang martabat perguruan. Kemelut ini mendorong pengkaji untuk mencari satu kepastian melalui persepsi guru-guru itu sendiri terhadap tahap kemartabatan kerjaya mereka dalam milenium baru ini. Kajian ini akan dijalankan dengan kombinasi kaedah kuantitatif dan kualititatif. Data secara numerikal seperti umur dan jantina memerlukan kaedah kuantitatif. Sementara kaedah kualitatif turut dijadikan alat pengukuran untuk memperoleh persepsi guru-guru. Kerangka konsep akan dibina dengan kolaborasi dua metodologi bagi memfokuskan kajian terperinci. Sementara, untuk tujuan memperoleh maklumat, set soal selidik dirangka untuk diedarkan kepada 150 orang guru di 2 buah sekolah, sekolah menengah kebangsaan. Data dianalisis dengan menggunakan dengan kaedah analisis yang mudah, iaitu kiraan peratus penglibatan responden dalam sesuatu item kajian. Hasil kajian didapati memberi jawapan kepada keraguan terhadap martabat perguruan di negara ini benar-benar tercabar . Hasil kajian ini juga boleh dijadikan asas untuk memberi cadangan kepada pihak berkenaan untuk merangka program kegemilangan guru terus terjamin

Kata kunci : Guru berkualiti, martabat guru, pengajaran guru, dan milenium

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.