Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID IV Halaman: 1193-1457

KEBERKESANAN PENGGUNAAN SCHOOLOGY DALAM MATA PELAJARAN PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL OLEH GURU PELATIH ELEKTIF G5.1

1)Nor Azizah Atan & 2)Zaharah Mohamad, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan Schoology dalam kalangan pelajar elektif G5.1 melalui mata pelajaran Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Pensyarah dan pelajar ini telah menggunakan Schoology sebagai satu pengajaran dan pembelajaran e-learning selain daripada pembelajaran secara bersemuka. Reka bentuk kajian ini adalah secara kuantitatif dan kualitatif iaitu melalui kaedah soal selidik dan temu bual. Responden kajian ini melibatkan 20 orang guru pelatih G5.1 yang mengambil mata pelajaran Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Daripada hasil kajian ini mendapati majoriti responden bersetuju pensyarah sentiasa memberi maklumat terkini dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui penggunaan Schoology. Majoriti responden sangat bersetuju penggunaan Schoology dapat meningkatkan keupayaan guru pelatih dalam mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dalam mata pelajaran Pedagogi Pendidikan Seni Visual (PSV). Dapatan kajian mendapati jenis aktiviti yang kerap digunakan oleh pelajar ialah menghantar tugasan dan latihan pada pensyarah.

Kata kunci : Schoology, Pedagogi Pendidikan Seni Visual

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.