Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID IV Halaman: 1193-1457

KEMUDAHAN PRASARANA DALAM PELAKSANAAN MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN, LUKISAN KEJURUTERAAN DAN REKA CIPTA DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

1)Mohd Tafizam Mohd Taib & 2)Ramlee Mustapha, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak
Sejak 1996, mata pelajaran teknikal seperti Teknologi Kejuruteaan (TK), Lukisan Kejuruteraan (LK) dan Reka Cipta (RC) telah diperkenalkan sebagai mata pelajaran elektif kepada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 Sekolah Menengah Harian di Malaysia. Data Lembega Peperiksaan untuk mata pelajaran TK, LK dan RC dari 2006 hingga 2010 menunjukkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang memberangsangkan. Data Unit Perancangan dan Dasar Kementerian Pendidikan juga menunjukkan penurunan enrolmen pelajar TK, LK dan RC diantara 10 ke 17 peratus dari 2009 hingga 2011. Justeru, adalah kritikal kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti perancangan dan pelaksanaan mata pelajaran ini menggunakan sebahagian model penilaian KIPP – Konteks, Input, Proses dan Produk(KIPP) oleh Stufflebeam et. Al. (1971). Maka, tujuan kertas kerja ini adalah untuk melaporkan keputusan kajian empirikal yang dijalankan mengenai persepsi pentadbir, guru dan pelajar mata pelajaran ini terhadap kemudahan prasarana. Data yang diperolehi menggambarkan persepsi 159 orang pentadbir dan 176 orang guru pelbagai latarbelakang, terhadap kemudahan prasarana yang terdapat di sekolah menengah harian. Implikasi dan cadangan terhadap pengajaran dan pembelajaran serta kajian akan datang turut dibincangkan dan dipersembahkan.

Kata kunci : Subjek teknikal, kemudahan prasarana, model KIPP, sekolah harian, Malaysia

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.