Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID III Halaman: 835-1181

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

1)Masni Jamin, 2)Noor Zila Md. Yusuf, 3)Che Mas Saud, 4)Bukhari Shafie, & 5)Aswadi Md Amin. IPG Kampus Darulaman
Abstrak
Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu bentuk bahan bantu mengajar yang semakin popular di sekolah mahupun di pusat pengajian. Keperluan penggunaan TMK dalam pengajaran bahasa Melayu (BM) pada abad-21 penting untuk memastikan pelajar merasai suasana pembelajaran yang lebih afektif dan menyeronokkan. Kajian ini bertujuan mengetahui persepsi guru-guru bahasa Melayu di sekolah, terhadap penggunaan TMK dalam P&P BM pada abad ke-21. Responden kajian terdiri daripada 50 orang guru BM sekolah rendah dan sekolah menengah yang menghadiri kursus peningkatan profesional guru BM di bawah program Memartabat Bahasa Melayu (MBM). Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan sebagai cara pengumpulan data melalui penggunaan borang soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan peratusan, kekerapan dan seterusnya dirumuskan secara kualitatif. Terdapat lima aspek yang disoal dalam borang soal selidik iaitu, penggunaan TMK dan penguasaan BM, TMK dan kandungan kurikulum BM, keperluan mengikuti kursus TMK, faktor afektif dalam penggunaan TMK sebagai bahan ajar, profesionalisme guru BM dalam penggunaan TMK. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, semua responden telah memberi respon positif terhadap penggunaan TMK dalam P&P bahasa Melayu. Rumusan daripada kajian ini menjelaskan bahawa, penggunaan TMK penting sebagai salah satu bahan sumber pengajaran dan pembelajaran BM di sekolah.

Kata kunci : Teknologi Maklumat, P&P bahasa Melayu, guru sekolah, faktor afektif

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.