Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID III Halaman: 835-1181

PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU KELAS PRAUNIVERSITI: SUATU CADANGAN PEDAGOGI

Fariza Nurbaya Binti Muhammad, SMK NASIRUDDIN SHAH.........1006
Abstrak
Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 memerlukan pelajar yang aktif dan mampu menangani masalah dengan bijak, tersusun dan kreatif terutama dalam pembelajaran sistem bahasa Melayu yang dianggap sangat rumit oleh sesetengah guru dan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran ilmu tatabahasa secara terperinci terutama tentang morfologi dan sintaksis bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap mudah. Hasil pembelajaran yang diharapkan sebagaimana yang terkandung dalam sukatan pelajaran iaitu pelajar seharusnya dapat mengenal pasti dan mengkategorikan kata mengikut bentuk dan penggolongannya, membezakan jenis kata iaitu kata terbitan, kata ganda, kata majmuk, mengenal pasti dan menganalisis binaan ayat sama ada ayat dasar atau ayat terbitan, menjadi satu cabaran yang besar kepada guru. Proses tersebut bukan sahaja menjadi masalah pelajar tetapi juga turut dihadapi oleh para guru terutama untuk memahamkan pelajar. Oleh hal yang demikian itu, pengajaran untuk kedua-dua tajuk ini memerlukan kaedah dan teknik yang sesuai dan pelbagai. Analisis kata dan ayat menggunakan rajah pohon didapati mampu menyelesaikan masalah pembelajaran tatabahasa lebih-lebih lagi jika digunakan dengan pendekatan yang mudah dan betul. Penulisan ini akan cuba untuk menerangkan langkah demi langkah yang boleh digunakan oleh guru dan pelajar dalam memahami dan mendalami bidang morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Pelbagai teknik, strategi dan aktiviti P&P juga dicadangkan sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran tatabahasa.

Kata kunci : pengajaran dan pembelajaran sistem bahasa Melayu

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.