Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID III Halaman: 835-1181

DRAMA: ASPIRASI KETERAMPILAN BERBAHASA MURID ABAD KE-21

1)Abdullah b. Mat, 2)Nordiana binti Hamzah, 3)Noor Zila bt. Md. Yusuf, 4)Alias b. Sidek, & 5)Md. Yazi Kerya
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis drama dalam aspirasi keterampilan berbahasa murid abad ke-21 bagi mata pelajaran Komponan Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS). Aspek keterampilan berbahasa yang dikaji ialah kemahiran lisan, bacaan dan tulisan. Responden kajian terdiri daripada 100 orang murid tingkatan 4 daripada 22 buah sekolah menengah di Daerah Krian, Perak. Aspek keterampilan berbahasa murid untuk kemahiran lisan dinilai dalam bentuk persembahan drama. Aspek keterampilan berbahasa untuk kemahiran membaca dikenal pasti dalam pemilihan isi penting ke bentuk peta pemikiran I Think daripada lima genre seperti puisi, prosa tradisional, cerpen, drama dan novel. Aspek keterampilan bahasa kemahiran menulis pula dikenal pasti melalui adaptasi hasil pembacaan daripada lima genre ke bentuk penulisan skrip lakonan, puisi ataupun lirik lagu untuk dinyanyikan. Ketiga-tiga kemahiran bahasa ini dianalisis dengan meggunakan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen sebagai alat pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan kekerapan serta peratus dan penghuraian secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan drama merangsang aspirasi keterampilan berbahasa murid abad ke-21. Implikasi kajian ini membuktikan mata pelajaran KOMSAS Bahasa Melayu melalui drama dapat melahirkan aspirasi murid abad ke-21 yang mampu bersaing pada peringkat global.

Kata kunci : KOMSAS, Keterampilan berbahasa, aspirasi, abad ke-21, kemahiran lisan

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.