Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID III Halaman: 835-1181

PEMBINAAN DAN VALIDASI INSTRUMEN PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH MENGGUNAKAN MODEL PENGUKURAN RASCH

1)Mohd Sahardi B Ismail & 2) Siti Eishah Bt Moksin, IPG Kuala Lipis...........908
Abstrak
Kurikulum prasekolah telah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersatu padu termasuk kemahiran sosioemosi. Penguasaan dalam kemahiran sosio emosi membolehkan kanak-kanak belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Setakat ini kurang instrumen untuk menilai perkembangan sosioemosi kanak-kanak di prasekolah. Untuk itu pengkaji menggunakan Model Pengukuran Rasch untuk mengesan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang dihasilkan mengikut prosedur asas dengan melibatkan 10 langkah yang telah di bahagikan kepada tiga fasa iaitu peringkat rekabentuk, pembinaan dan pengesahan. Di peringkat rekabentuk pengkaji membahagikan kepada empat langkah, iaitu tujuan pembinaan instrumen, menentukan kandungan instrumen, memberi definisi dan membina jadual spesifikasi instrumen. Di peringkat pembinaan, pengkaji membahagikan kepada tiga langkah, iaitu penulisan item, penghakiman panel pakar, dan semakan item. Bagi peringkat pengesahan pula terdapat tiga langkah iaitu kajian rintis, analisis kebolehpercayaan dan kesahan. Data-data kuantitatif yang diperolehi dianalisis menggunakan model pengukuran Rasch bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dengan menggunakan mean square (MNSQ) infit dan outfit, peta taburan item untuk kesahan dan separation item person serta unidimensionaliti untuk kebolehpercayaan pembinaan instrumen.

Kata kunci : Perkembanagn Sosioemosi, kanak-kanak prasekolah, Model Pengukuran Rasch, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. pembinaan dan pengesahan instrumen

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.