Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN KITAR SEMULA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Kalsom Binti Badrus, Chin Yoon Poh, En. Mohd. Aqsa Bin Hj. Hussin Dan Pn. Siti Salmiah Binti Mohd. Alias ........ 785
Abstrak
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum bagi mendedahkan para pelajar akan peri pentingnya alam sekitar kepada kehidupan manusia. Kajian yang dijalankan ke atas pelajar sekolah menengah dI Zon Ampang ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi mereka melibatkan diri dalam program kitar semula. Hasil kajian mendapati peratusan bagi pengetahuan tentang kitar semula sangat tinggi iaitu 93.1% dan amalan kitar semula di kalangan responden pula adalah 76.4%. Hal ini dibuktikan apabila didapati seramai 69.7% responden telah menjual barangan kitar semula kepada individu yang datang membeli di kawasan perumahan atau menghantar sendiri ke pusat kitar semula yang berdekatan. Ujian Crosstabulation yang dijalankan pula menunjukkan amalan kitar semula responden dipengaruhi oleh latar belakang bapa, iaitu bapa yang bekerja sendiri (82%), bapa yang tidak bersekolah (78%) dan bapa yang berpendapatan kurang daripada RM 1000 (82%). Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan dan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar-pelajar di Zon Ampang adalah tinggi. Faktor-faktor seperti guru dan media didapati sangat mempengaruhi amalan kitar semula di kalangan pelajar berbanding ibubapa dan rakan sebaya. Berdasarkan dapatan kajian, amalan kitar semula dalam kalangan pelajar sangat memuaskan dan kejayaan program ini dapat dicapai dalam jangkamasa beberapa tahun akan datang. Namun, untuk merealisasikan objektif program kitar semula ini di kalangan masyarakat di luar sekolah, pengkaji mengharapkan pihak KPKT dapat mewartakan dan melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal secepat mungkin.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.