Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829

TAHAP KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DALAM KALANGAN GURU PEMBIMBING

Norlela bt. Ali, Firdaus bt.Abd Fatah, & Mohd Munaim bin Mahmu Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur & Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Selangor .......... 639
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal guru pembimbing di sekolah sepanjang tempoh penyeliaan praktikum guru-guru pelatih jQAF di sekolah. Kajian melibatkan seramai 97 orang guru pembimbing yang terlibat menyelia guru-guru pelatih jQAF Ambilan Januari 2013 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur (IPGKIK). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 16 item, bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Kaedah statistik diskriptif seperti min, kekerapan, peratus, dan sisihan piawai, digunakan untuk menganalisis item soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan guru-guru pembimbing mempunyai tahap kemahiran interpersonal yang sangat tinggi dengan min 4.40, manakala kemahiran teknikal guru pembimbing berada pada tahap tinggi iaitu min 4.16. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan supaya guru-guru pembimbing berusaha meningkatkan kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal dalam membuat penyeliaan dan bimbingan. Ini penting bagi memastikan guru-guru pelatih yang dibimbing mendapat bimbingan yang berkualiti, seterusnya dapat menghasilkan pengajaran berkualiti dalam bilik darjah. Kajian ini diharap dapat memperkembangkan potensi guru-guru pembimbing secara berterusan dan meningkatkan lagi profesionalisme guru pembimbing.

Kata kunci : Kemahiran interpersonal, kemahiran teknikal, guru pembimbing, guru pelatih

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.