Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829

REKABENTUK PEMBELAJARAN AUTHENTIK MENGGUNAKAN OVT (DESIGNING OF AUTHENTIC LEARNING USING OVT)

Mahamsiatus Kamaruddin, Faridah Hanim Yahya, Hafiza Abas, & Kamarudin Suib IPG Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan
Abstrak
Pembelajaran autentik adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksana berasaskan situasi nyata dan sahih. Aktiviti P&P secara autentik dapat membantu pelajar meneroka dan membincangkan tindakan berkaitan untuk memperoleh kefahaman dan seterusnya merangka serta melaksana penyelesaian mata pelajaran yang dipelajari. Aplikasi multimedia dan teknologi web dikenalpasti mampu merealisasikan persekitaran pengalaman pembelajaran autentik. Namun tidak banyak kajian menjelaskan mengenai reka bentuk pembelajaran autentik menggunakan bahan pembelajaran multimedia seperti video secara atas talian dilakukan. Kajian ini bertujuan membincangkan pelaksanaan reka bentuk pembelajaran autentik matapelajaran Kemahiran Hidup menggunakan bahan multimedia online video tutorial (OVT) yang dibangunkan berasaskan model ADDIE. Bagi melancarkan akses bahan OVT, kod QR (quick response code) digunakan menghubungkan OVT di web bagi P&P. Prinsip pembelajaran autentik yang dikemukakan oleh Herington dan Kevin dijelaskan dalam reka bentuk persekitaran pembelajaran autentik kajian. Pelaksanaan pembelajaran autentik disesuaikan dalam persekitaran pembelajaran dapat melibatkan kemahiran berfikir dalam P&P. Kajian ini berpotensi dikembangkan sebagai rujukan pelaksanaan pembelajaran, program latihan atau pengurusan menggunakan bahan multimedia video secara web.

Kata kunci : OVT, Pembelajaran autentik

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.