Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829

KEMAHIRAN MENAAKUL DALAM PENULISAN REFLEKSI PENGAJARAN PELAJAR PRAKTIKUM

Idrus Saaidy Bin Maarof & Badrul Hisham Bin Mokhtarl Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah, Malaysia ......... 567
Abstrak
Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kebolehan membuat taakulan serta kemahiran membuat refleksi pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) semasa menjalani praktikum atau Amalan Profesional. Aspek yang dikenalpasti adalah kemahiran pelajar membuat taakulan terhadap pernyataan mereka tentang sesi pengajaran serta mengaitkannya dengan teori berkaitan amalan pedagogi di dalam kelas. Kajian secara kualitatif ini melibatkan lima orang pelajar PISMP opsyen Pendidikan Pemulihan yang diselia oleh pengkaji dalam dua fasa praktikum. Pelajar telah dibimbing tentang gaya penulisan refleksi yang dikehendaki, dan hasil penulisan refleksi ini telah dijadikan sebagai dokumen kajian, di samping temu bual separa berstruktur bagi mendapatkan kepastian bahawa pelajar benar-benar mengamalkan pemikiran reflektif dalam amalan mereka sebagai guru. Analisis terhadap dokumen serta temu bual yang dijalankan menunjukkan pelajar yang dibimbing dalam praktikum dapat mengaitkan teori pedagogi dengan amalan mereka dalam bilik darjah, serta menunjukkan pemikiran reflektif dalam usaha menambahbaik amalan profesionalisme keguruan mereka.

Kata kunci : Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Penulisan refleksi, Pemikiran reflektif, Kemahiran menaakul, Praktikum.

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.