Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

PERSEPSI SISWA GURU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TERHADAP KEPENTINGAN KAEDAH PEMBENTANGAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Zahiah Binti Haris, Mustapha Kamal Bin Ahmad Kassim, Siti Salmiah Binti Mohd Alias, & Rosli Bin Khalid IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur ....... 377
Abstrak
Pendidikan Islam merupakan pendidikan yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Mempelajari ilmu yang berkaitan dengan agama Islam adalah fardu Ain ke atas setiap orang muslim. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi siswa guru Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPG KIK) terhadap kepentingan kaedah pembentangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini juga memberi fokus terhadap dua objektif iaitu kepentingan kaedah pembentangan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti kaedah pembentangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Pendekatan kualitatif dengan menemubual seramai sembilan orang pelajar PPISMP dijalankan untuk mendapatkan data. Pemerhatian juga dijalankan untuk membuat triangulasi bagi data temu bual yang diperolehi. Hasil temubual akan ditranskrip dan beberapa tema yang berkaitan kajian dikenal pasti sebagai dapatan kajian. Dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada semua pensyarah Pendidikan Islam khususnya agar kaedah pembentangan yang digunakan dapat mencapai hasil pembelajaran Pendidikan Islam.

Kata kunci : Pendidikan Islam, Institut Pendidikan Guru (IPG), PPISMP dan kaedah pembentangan.

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.