Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

PERSEPSI SISWA GURU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TERHADAP KEPENTINGAN KURSUS PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUALITI DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN GURU DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Siti Salmiah Binti Mohd Alias, Rosli Bin Khalid, Zahiah Binti Haris, & Mustapha Kamal Bin Ahmad Kassim IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur ...... 346
Abstrak
Pendidikan Kesihatan Seksualiti merupakan satu kursus elektif bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang berada dalam semester tiga di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi siswa guru terhadap kepentingan kursus Pendidikan Seksualiti di IPGKIK. Dua objektif kajian yang difokuskan dalam kajian ini ialah persepsi siswa guru terhadap kepentingan kursus ini untuk siswa guru dan persepsi siswa guru terhadap kefahaman tentang kursus tersebut. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah Pendekatan Kualitatif Kajian dengan menemubual seramai enam orang siswa guru semester tiga ambilan Januari 2013, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Hasil temubual akan ditranskrip dan beberapa tema yang berkaitan kajian diketengahkan sebagai dapatan kajian. Dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian ini diharapkan dapat menjadi garis panduan kepada pihak berkaitan dalam penyediaan kurikulum yang sesuai dan bermanfaat kepada semua siswa guru.

Kata kunci : Pendidikan Kesihatan Seksualiti, Institut Pendidikan Guru, PISMP dan kepentingan

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.