Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

TAHAP PENGGUNAAN SUMBER SEJARAH, MINAT DAN PENGGUNAAN SUMBER SEJARAH OLEH GURU SEKOLAH RENDAH :KAJIAN PERBANDINGAN MALAYSIA DAN INDONESIA

Nur Farah Fasihah Komari, Komari Hussain, Dara Ruqayyah Ramli, Mahzan Awang, & Zariah Ibrahim Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran wajib dipelajari oleh semua murid di peringkat sekolah. Murid-murid mesti berusaha untuk mendapatkan sumber yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan peristiwa yang dikaji. Sumber-sumber Sejarah dikaji untuk mendapatkan fakta dan seterusnya membolehkannya melakukan penulisan serta tafsiran terhadap peristiwa Sejarah ( Schafer, 1974). Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan bagi menganalisis kekerapan penggunaan sumber Sejarah oleh murid dan guru di peringkat sekolah rendah. Selain itu, kajian ini juga melihat sejauh mana penggunaan sumber Sejarah mempengaruhi minat murid-murid terhadap pendidikan Sejarah di sekolah rendah. Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif dan reka bentuk adalah kajian deskriptif. Sampel kajian seramai 80 orang murid yang terdiri dari 40 orang murid di Malaysia dan 40 orang murid di Indonesia. Pemilihan sampel pula dibuat secara rawak dan menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini menggunakan kaedah analisis data Statistical Package for the Social Science (SPSS).

Kata kunci : sumber sejarah, minat

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.