Portal Jurnal UPI

MANAJERIAL

Jurnal Manajemen & Sistem Informasi

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID I Halaman: 1-412

KECERDASAN EMOSI MENJANA KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Chin Mei Keong, Abd Razak b. Abdul Kadir, Chong Yeat Eng & Hoh An Nui Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur ..... 114
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dan tahap pencapaian akademik serta hubungan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik ke atas 340 orang pelajar tingkatan empat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 42.6% pelajar tingkatan empat mencatatkan tahap pencapaian akademik yang tinggi. Sementara itu, 57.4% pelajar berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Seterusnya analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap pencapaian akademik pelajar di mana pekali korelasi Pearson r(338)=.148, p?.01. Kajian ini telah memberi implikasi bahawa kecerdasan emosi adalah salah satu faktor utama dalam menentukan pencapaian akademik pelajar. Pengkaji seterusnya telah membincangkan implikasi kajian kepada beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, pengetua, guru, dan kaunselor sekolah.

Kata kunci : Kecerdasan Emosi, Pencapaian Akademik, Pelajar Sekolah Menengah

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.