Portal Jurnal UPI

@rtikulasi

Jurnal Kajian Bahasa Dan Sastra Indonesia

@rtikulasi merupakan berkala ilmiah diterbitkan dua kali dalam setahun, Mei dan November, berisi hasil penelitian, pemikiran, dan kajian bahasa dan sastra Indonesia.  

EDISI

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID III Halaman: 835-1181

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS RUJUKAN MENGIKUT STAIL AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA) DENGAN MENGGUNAKAN JADUAL MATRIKS Dr. H

Abdul Hamid Hj. Abdul Rahim, IPG Kampus Tawaw, Sabah....944
Abstrak
Stail rujukan American Psychological Association (APA) merupakan satu kaedah penulisan yang paling kerap digunakan oleh pelajar dan ilmuan di universiti sebagai panduan dalam penulisan akademik. Namun demikian, seringkali berlaku kesilapan dalam penulisan rujukan ketika menggunakan APA sebagai satu stail penulisan rujukan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis rujukan mengikut stail APA dengan menggunakan Jadual Matriks Dr. H. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah penyelidikan tindakan. Seramai 15 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT), Sabah telah dilibatkan sebagai peserta kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatkan kemahiran menulis rujukan mengikut stail APA dalam kalangan pelajar PPISMP IPGKT dengan menggunakan Jadual Matriks Dr. H. Lantaran itu, adalah dicadangkan Jadual Matriks Dr. H digunakan sebagai salah satu alat panduan yang mudah, cepat dan tepat untuk penulisan rujukan mengikut stail APA dalam sesuatu penulisan akademik.

Kata kunci : Penulisan rujukan, Kemahiran menulis, Panduan.

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.