@rtikulasi
Jurnal Kajian Bahasa Dan Sastra Indonesia
@rtikulasi merupakan berkala ilmiah diterbitkan dua kali dalam setahun, Mei dan November, berisi hasil penelitian, pemikiran, dan kajian bahasa dan sastra Indonesia.
EDISI
- Vol. 12, No, 1, Mei 2013
- Vol. 12, No. 2, November 2013
- Vol. 11, No. 1, Mei 2012
- Vol. 11, No. 2, November 2012
- Vol. 10, No. 1, Mei 2011
- Vol. 10, No. 2, November 2011
« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829 LITERASI ICT DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH
Shukri bin Zain,
Mohd Adli bin Abdullah,
Universiti Malaysia Sabah .......... 707Abstrak
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap literasi ICT dalam kalangan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah rendah daerah Tawau. Seramai 80 orang responden terdiri dari guru-guru pendidikan islam yang dipilih adalah berdasarkan kaedah persampelan rawak dari 16 buah sekolah rendah di sekitar daerah Tawau, Sabah. Data yang diproleh diproses dan dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS versi 17.0 (Statistical Packages For Social Science). Statistik deskriptif seperti frekuensi, min dan sisihan piawai digunakan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan beberapa pembolehubah yang ada dan yang paling dominan serta mengenal pasti masalah kepenggunaan ICT bagi guru-guru berkenaan Manakala statistik inferensi seperti Ujian-t dan korelasi telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan (p=0.939 >? 0.05), kemahiran (p=0.537), sikap (p=0.207) dan masalah penggunaan ict (p=0.475>? 0.05) dengan jantina guru. Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan guru adalah aspek yang paling dominan berbanding aspek yang lain berdasarkan kesemua pembolehubah yang ada. Oleh itu, dicadangkan agar pihak pentadbir memainkan peranan dalam menguruskan penyediaan prasarana, alat, dan bahan yang lengkap dalam bilik darjah bagi mewujudkan suasana kerja praktikal yang lebih kondusif, selamat dan berjalan lancar.
Kata kunci :
Abstrak DOC
Abstrak PDF
Fulltext PDF
Send to email
Print
Share on Facebook
© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.