Portal Jurnal UPI

@rtikulasi

Jurnal Kajian Bahasa Dan Sastra Indonesia

@rtikulasi merupakan berkala ilmiah diterbitkan dua kali dalam setahun, Mei dan November, berisi hasil penelitian, pemikiran, dan kajian bahasa dan sastra Indonesia.  

EDISI

« Proceeding " 6th Pedagogy International Seminar 2015" ISBN 978-979-3786-50-6 JILID II Halaman: 425-829

PENDIDIKAN ABAD KE 21 : PENGINTEGRASIAN TERAPI MEDIA DALAM MEMBINA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Abd Razak bin Mohd Nawi, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya .......... 431
Abstrak
Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang terancang dan berkembang sejajar dengan keperluan dan perkembangan zaman, maka bolehlah dianggap bangsa atau negara tersebut telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Peranan sistem pendidikan khusus di abad ke-21 adalah sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita. Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan satu elemen yang penting terkandung dalam pendidikan abad ke 21. Setiap murid perlu menguasainya dan faham dalam mengaplikasikannya mengikut masa dan keperluan. Untuk memastikan setiap murid mampu menguasai sekurang-kurangnya aras analisis dan sintesis, strategi pengajaran dan pendekatan terapi digunakan dalam membantu murid membina keyakinan diri dan melatih pemikiran yang lebih rasional serta dapat melihat semua aspek penyelesaian secara total. Kajian ini menggunakan kaedah Kuasi Eksperimental dan penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan Terapi Media bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dikalangan murid sekolah rendah tahun 4. Terapi Media yang dimaksudkan dalam penyelidikan ini adalah kombinasi daripada tiga media utama, iaitu (1) pengunaan video (mengandungi unsur kecindanan atau lawak jenaka) (2) penggunaan Grafik Statik yang menarik; dan (3) penggunaan musik audio. Subjek kajian terdiri daripada 50 orang murid sekolah rendah tahun 4 yang dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu (a) kumpulan terapi dan (b) kumpulan kawalan. Instrumen pengumpulan data mencakupi ujian pra dan pasca, soalselidik dan temu bual. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan keputusan min skor yang signifikan dalam menyelesaikan soalan KBAT setelah terapi media diperkenalkan kepada kumpulan terapi berbanding pengajaran tanpa terapi media. Disamping itu hasil soalselidik dan temu bual juga menunjukkan murid –murid di dalam kumpulan terapi lebih seronok belajar dan aktif terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan guru. Mereka menunjukkan minat yang sangat positif dalam setiap sesi pembelajaran. Rumusannya boleh dinyatakan bahawa melalui terapi media murid – murid dapat menguasai KBAT secara semulajadi dan tanpa paksaan serta yang lebih menarik, mereka seronok dalam proses pembelajaran.

Kata kunci : terapi, pendidikan abad ke 21, KBAT, globalisasi, cabaran abad ke-21

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.