@rtikulasi
Jurnal Kajian Bahasa Dan Sastra Indonesia
@rtikulasi merupakan berkala ilmiah diterbitkan dua kali dalam setahun, Mei dan November, berisi hasil penelitian, pemikiran, dan kajian bahasa dan sastra Indonesia.
EDISI
- Vol. 12, No, 1, Mei 2013
- Vol. 12, No. 2, November 2013
- Vol. 11, No. 1, Mei 2012
- Vol. 11, No. 2, November 2012
- Vol. 10, No. 1, Mei 2011
- Vol. 10, No. 2, November 2011
« TAHAP PENGGUNAAN SUMBER SEJARAH, MINAT DAN PENGGUNAAN SUMBER SEJARAH OLEH GURU SEKOLAH RENDAH : KAJIAN PERBANDINGAN MALAYSIA DAN INDONESIA
Nur Farah Fasihah Komari,
Komari Hussain,
Dara Ruqayyah Ramli,
Mahzan Awang,
& Zariah Ibrahim Universiti Kebangsaan MalaysiaAbstrak
Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran wajib dipelajari oleh semua murid di peringkat sekolah. Murid-murid mesti berusaha untuk mendapatkan sumber yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan peristiwa yang dikaji. Sumber-sumber Sejarah dikaji untuk mendapatkan fakta dan seterusnya membolehkannya melakukan penulisan serta tafsiran terhadap peristiwa Sejarah ( Schafer, 1974). Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan bagi menganalisis kekerapan penggunaan sumber Sejarah oleh murid dan guru di peringkat sekolah rendah. Selain itu, kajian ini juga melihat sejauh mana penggunaan sumber Sejarah mempengaruhi minat murid-murid terhadap pendidikan Sejarah di sekolah rendah. Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif dan reka bentuk adalah kajian deskriptif. Sampel kajian seramai 80 orang murid yang terdiri dari 40 orang murid di Malaysia dan 40 orang murid di Indonesia. Pemilihan sampel pula dibuat secara rawak dan menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini menggunakan kaedah analisis data Statistical Package for the Social Science (SPSS).
Kata kunci : sumber sejarah, minat
Abstrak DOC
Abstrak PDF
Fulltext PDF
Send to email
Print
Share on Facebook
© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.