Portal Jurnal UPI

@rtikulasi

Jurnal Kajian Bahasa Dan Sastra Indonesia

@rtikulasi merupakan berkala ilmiah diterbitkan dua kali dalam setahun, Mei dan November, berisi hasil penelitian, pemikiran, dan kajian bahasa dan sastra Indonesia.  

EDISI

«

PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM PEMBELAJARAN NON FORMAL ORANG ASLI DEWASA: SATU KAJIAN KES

Halif Md Saleh1, Ramlee Mustapha2 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (148-166)
Abstrak
Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program-program pendidikan non formal Orang Asli dewasa di Malaysia iaitu bagi program Kelas Dewasa Asli Penan (KEDAP) di bawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, Kelas Dewasa Asli Peribumi (KEDAP) dan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) di bawah anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kajian penilaian program dengan data yang akan diperolehi adalah melalui instrumen soal selidik. Responden kajian adalah terdiri daripada 30 orang pihak pengurusan program, 30 orang guru dan tenaga pengajar program, 30 orang pelajar dan pelatih Orang Asli dewasa di seluruh Malaysia yang mengikuti Program KEDAP KPM, KEDAP JAKOA dan PLKK. Data soal selidik akan dianalisis melalui perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) 19.0. Berdasarkan dapatan kajian didapati perancangan dan pelaksanaan ketiga-tiga program telah dilaksanakan dengan berkesan dengan kesemua nilai skor min menunjukkan ia berada pada tahap yang tinggi iaitu di antara julat 3.68 hingga 5.00. Walaubagaimana pun berdasarkan ujian ANOVA Sehala daripada 6 hi[potesis nul yang diuji terdapat dua hipotesisi nul yang telah ditolak.

Kata kunci :

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.