@rtikulasi
Jurnal Kajian Bahasa Dan Sastra Indonesia
@rtikulasi merupakan berkala ilmiah diterbitkan dua kali dalam setahun, Mei dan November, berisi hasil penelitian, pemikiran, dan kajian bahasa dan sastra Indonesia.
EDISI
- Vol. 12, No, 1, Mei 2013
- Vol. 12, No. 2, November 2013
- Vol. 11, No. 1, Mei 2012
- Vol. 11, No. 2, November 2012
- Vol. 10, No. 1, Mei 2011
- Vol. 10, No. 2, November 2011
« AMALAN BIMBINGAN PENGAJARAN PENSYARAH DALAM PROGRAM MENTORAN PRAKTIKUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN KUALITI GURU PELATIH
Syed Ismail Syed Mustapa & T. Subahan M. Meerah. IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur & Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi,
Selangor (347-360)Abstrak
Abstract: The lecturers’ teaching guidance practices during practicum and its relationship to the quality of trainee teachers. This study is aimed to identify the aspects of lecturers’ teaching guidance practices during practicum and how it relates to the quality of trainee teachers. This study primarily employed an explanatory mixed method based on a quantitative research design and a qualitative case study to collect supporting data. A total of 318 trainee teachers and 318 lecturers were randomly selected from each Teacher Training Institute (IPG) of the Central region, Malaysia. The descriptive analysis indicated that the lecturers conducted their teaching guidance based on clinical supervision model. The findings indicated that the highest aspect of teaching guidance was on teaching implementation (mean = 4.59, sp = .17). The highest score for teaching guidance approach was on the behavioral collaborative (mean 4.26 and sp= .42). The findings also indicated that the highest score on trainee quality was in terms of their attitude and personality (mean = 4.48, sp = .19). Summatively, the findings revealed that the the practicum teaching programme has been effective to inculcate effective teaching approach and practices towards producing quality trainee teachers.
Abstrak: Amalan Bimbingan Pengajaran Pensyarah dalam Program Mentoran Praktikum dan Hubungannya dengan Kualiti Guru Pelatih. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan bimbingan dan pendekatan bimbingan pengajaran yang diamalkan oleh pensyarah serta hubungannya dengan kualiti guru pelatih. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan (explanatory mixed method), yang menjadikan reka bentuk kajian kuantitatif sebagai kaedah utama dan data kualitatif dari kajian kes sebagai data sokongan. Bagi kajian kuantitatif, seramai 318 orang guru pelatih dan 318 orang pensyarah telah dipilh secara rawak dari setiap Institut Pendidikan Guru Zon Tengah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi kajian kualitatif, data diperoleh melalui temu bual dan pemerhatian terhadap dua orang pensyarah dan dua orang guru pelatih dipilih melalui persampelan secara purposif. Analisis data secara deskriptif menunjukkan bahawa pensyarah telah melaksanakan bimbingan pengajaran berdasarkan model penyeliaan klinikal. Dapatan kajian menunjukkan aspek bimbingan pengajaran yang paling tinggi adalah dalam aspek pelaksanaan pengajaran (min = 4.59, sp = .17). Pendekatan bimbingan pengajaran yang paling tinggi adalah pendekatan tingkah laku kolaboratif (min 4.26 dan sp= .42). Kajian menunjukkan bahawa kualiti guru pelatih yang paling tinggi adalah dalam aspek sikap dan sahsiah (min = 4.48, sp = .19). Kesimpulannya kajian ini membuktikan bahawa program praktikum merupakan satu proses bimbingan dengan menerapkan aspek amalan pengajaran yang berkesan kepada guru pelatih serta perlu mengaplikasikan pendekatan yang signifikan ke arah menghasilkan guru pelatih yang berkualiti.
Kata kunci : Kata kunci : bimbingan praktikum, penyeliaan praktikum
Abstrak DOC
Abstrak PDF
Fulltext PDF
Send to email
Print
Share on Facebook
© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.