Portal Jurnal UPI

@rtikulasi

Jurnal Kajian Bahasa Dan Sastra Indonesia

@rtikulasi merupakan berkala ilmiah diterbitkan dua kali dalam setahun, Mei dan November, berisi hasil penelitian, pemikiran, dan kajian bahasa dan sastra Indonesia.  

EDISI

« Jilid 2, Nomor 2, Mei 2014, Hlm: 161-333

MENANGANI KRISIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DI SEKOLAH

Zanariah Binti Abdol, Sekolah Menengah Sains Johor (185-195)
Abstrak
Abstract: Crisis Management in the Teaching and Learning of Listening Skill in School. Listening is the most fundamental ability amongst the four language skills. Although listening is a receptive skill and associatedwith speaking, listening has various purposes and its own importance. The primary aims of listening are to enable students to respond appropriately in social interactions, to nurture confidence and self-esteemto communicate, to convey emotions and opinions without hesitation in pronunciation and intonation, and to allow students to become good listeners who can understand, interpret, and appreciate what is being listened to, as well as respecting the speaker. However, schools are grappling a crisis inthe learning and teaching of this skill. Listening as a skill has been neglected and ostracized in favour of other skills, i.e. speaking and writing. In conclusion, students are struggling – from a once-irrelevant issue that is not knowing how to pronounce certain words, to not understanding a lesson due to inability to listen well in class or lectures that are hours long. Hence, steps must be taken to enhancethe teaching and learning of listening skill because a good student, in essence, is a good listener. All of it begins with an extraordinary teacher who places the emphasis on all language skills in a well-organized and brilliant manner.

Abstrak: Menangani Krisis dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar di Sekolah. Daripada keempat-empat kemahiran bahasa, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas. Walaupun kemahiran mendengar ini berada di peringkat penerimaan (receptive) dan saling bergantung dengan kemahiran bertutur, kemahiran ini mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan yang tersendiri. Antara tujuan yang paling utama ialah membolehkan pelajar memberikan respons yang tepat ketika berinteraksi dengan orang lain, membolehkan suburnya keyakinan dan kepercayaan diri untuk bercakap, menyatakan perasaan dan pendapat tanpa ragu-ragu dengan nada, sebutan dan intonasi, serta membolehkan pelajar menjadi pendengar yang baik, yang boleh memahami, mentafsir, menghayati dan mengapresiasi apa-apa yang didengar serta menghormati pengucap. Walau bagaimanapun, di sekolah, pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur sedang bergelut dengan krisis. Kemahiran ini semakin terabai dan dipinggirkan berbanding kemahiran-kemahiran lain waima gandingannya iaitu kemahiran bertutur, apalagi kemahiran menulis. Natijahnya, pelajar-pelajar dilanda masalah – daripada masalah yang dahulunya dianggap remeh-temah iaitu tidak tahu menyebut perkataan tertentu, hinggalah tidak dapat memahami sesuatu pelajaran kerana tidak dapat menjadi pendengar yang baik semasa guru mengajar atau semasa majlis-majlis ilmu yang yang memakan masa berjam-jam lamanya. Oleh itu, pelbagai upaya perlu digerakkan untuk membugarkan pengajaran-pembelajaran kemahiran mendengar ini kerana dalam situasi biasa, seseorang pelajar yang baik, juga merupakan pendengar yang baik! Semuanya bermula daripada sebuah kelas bahasa oleh seorang guru luar biasa yang memberikan penekanan kepada semua kemahiran bahasa secara terancang dan bijaksana.

Kata kunci : Kata kunci: menangani krisis, pengajaran dan pembelajaran, kemahiran mendengar

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Fulltext PDF      Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.