@rtikulasi
Jurnal Kajian Bahasa Dan Sastra Indonesia
@rtikulasi merupakan berkala ilmiah diterbitkan dua kali dalam setahun, Mei dan November, berisi hasil penelitian, pemikiran, dan kajian bahasa dan sastra Indonesia.
EDISI
- Vol. 12, No, 1, Mei 2013
- Vol. 12, No. 2, November 2013
- Vol. 11, No. 1, Mei 2012
- Vol. 11, No. 2, November 2012
- Vol. 10, No. 1, Mei 2011
- Vol. 10, No. 2, November 2011
« Vol.5, No. 9, Juli 2006Komunikasi dalam Kelas Maya Berasaskan Protokol Internet Relay Chat (IRC)
Mohamad Nazul Ismail,
Ph.D.; Tajularipin Sulaiman,
Ph.D.; Norhasni Zainal Abiddin,
Ph.D. Abstrak
Pendidikan jarak jauh adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar menghadirkan diri dalam kuliah dan mendapatkan bahan-bahan pembelajaran walaupun berada jauh dari tempat belajar. Pendidikan jarak jauh masa kini boleh dikoordinasikan sama ada dalam bilik darjah tradisional ataupun menerusi internet. Dengan adanya internet, ia merupakan medium komunikasi yang boleh diwujudkan interaksi antara guru dan pelajar seperti mana komunikasi yang berlaku dalam bilik darjah tradisional secara bersemuka. Suara menerusi protokol internet dan chatting adalah teknologi yang digunakan secara meluas dalam institusi yang menawarkan kursus secara atas talian. Tetapi malangnya teknologi ini tidak menepati keperluan bagi peralatan komunikasi khusus untuk pembelajaran. Suara menerusi protokol internet selalunya akan menjadikan sesi kuliah tertangguh disebabkan masalah teknikal. Chatting satu lagi teknologi yang boleh menjadikan komunikasi lebih cepat tetapi teknologi ini menjadikan guru sukar untuk mengawal sesi kuliah bila pelajar dengan pelajar boleh komunikasi antara mereka. Kajian ini membangunkan aplikasi untuk mengatasi masalah komunikasi dalam bilik darjah untuk pendidikan jarak jauh seperti yang dinyatakan di atas. Aplikasi komunikasi ini menggunakan protokol IRC dalam kelas maya. Dengan menggunakan sistem ini guru mempunyai ‘kuasa’ untuk menukar mod komunikasi sama ada dalam semi duplek atau duplek penuh. Duplek penuh boleh berlaku dalam satu ke banyak atau banyak ke banyak.
Kata kunci : pendidikan jarak jauh, kelas maya, komunikasi, protokol IRC
Abstrak DOC
Abstrak PDF
Send to email
Print
Share on Facebook
© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.