Portal Jurnal UPI

@rtikulasi

Jurnal Kajian Bahasa Dan Sastra Indonesia

@rtikulasi merupakan berkala ilmiah diterbitkan dua kali dalam setahun, Mei dan November, berisi hasil penelitian, pemikiran, dan kajian bahasa dan sastra Indonesia.  

EDISI

« Vol. 12, No. 2, November 2013

PEMBINAAN PAKEJ PENGAJARAN IMBUHAN SECARA BERKESAN

Ganda Sari Chokri, Rafidah Abd Razak, Pusat Bahasa Melayu Singapura, Kementerian Pendidikan Singapura
Abstrak
Pembinaan Pakej Pengajaran Imbuhan Secara Berkesan. Imbuhan merupakan komponen yang penting dalam pengajaran Bahasa Melayu. Dalam Peperiksaan GCE Bahasa Melayu bagi Peringkat ‘N’ dan ‘O’, imbuhan merupakan komponen yang membentuk 14 hingga 17 peratus daripada keseluruhan markah Kertas 2. Imbuhan juga merupakan komponen bahasa yang perlu digunakan oleh pelajar dalam pembinaan struktur ayat yang gramatis sama ada bagi tujuan untuk menjawab soalan pemahaman atau mengarang. Maka, kertas kajian ini akan membincangkan pendekatan, kaedah dan pedagogi yang digunakan dalam pembinaan pakej pengajaran imbuhan secara berkesan. Pakej ini digubah menjadi 3 fasa. Fasa pertama, iaitu mengenai pengajaran Imbuhan Kata Nama. Fasa Kedua dan ketiga pula bersangkutan dengan pengajaran Imbuhan Kata Kerja dan Kata Adjektif. Pakej ini diterapkan dalam pengajaran Bahasa Melayu melalui Kaedah Kajian Pembelajaran (Lesson Study) yang dijalankan selama 3 pusingan bagi setiap fasa. Buat masa ini, fasa pertama kajian ini telah pun diselesaikan. Penerapan konsep ‘Models of Teaching’ yang dipetik daripada buku “The Skillful Teacher” juga telah dilaksanakan dalam menyiapkan bahan pengajaran pakej ini. Data daripada praujian menunjukkan bahawa daripada 42 pelajar yang terlibat dalam kajian ini, 60% daripada mereka mendapat 60 markah bagi bahagian komponen imbuhan sementara 30% pula gagal dalam komponen ini. Hanya 10% pelajar sahaja yang mendapat markah cemerlang (samada markah penuh atau 80% ke atas) bagi komponen ini. Kajian Posujian yang dijalankan sebagai penutup bagi fasa pertama pula menunjukkan peningkatan jumlah pelajar yang mendapat markah cemerlang bagi komponen imbuhan sebanyak 20%. Data ini menunjukkan keberkesanan pakej fasa pertama yang telah terhasil sejauh ini.

Kata Kunci: pengajaran imbuhan, berkesan, bahasa Melayu

Abstract

Coaching Affix Teaching Package Effectively. The term is an important component in the teaching of Malay language. In the Malay Language for GCE examination level 'N' and 'O', affix the components that make up 14 to 17 percent of the entire landmark Second Paper. The term is also a component of language that should be used by students in the construction of a grammatical sentence structure either for the purpose of answering comprehension questions or composing. Thus, this paper will discuss the approaches, methods and pedagogy used in the construction of affix teaching package effectively. The package was composed into three phases. The first phase, which is about teaching Noun Affixes. The second and third phases are also concerned with teaching Verb Affixes and Word Adjective. The package is implemented in the Malay language teaching through Learning Study Method (Lesson Study) conducted over 3 rounds for each phase. At present, the first phase of this study has been completed. The application of the concept of ' Models of Teaching ' quoted from The book "The Skilfull Teacher" has also been implemented in preparing to complete package of teaching materials. Data from pretest shows that instead of 42 students who were involved in this study, 60% of them got 60 lpoint for the components of the term while 30% also fails in this component. Only 10% of students only who got a scored well (either full marks or 80% and above) for this component. Posujian study conducted as a cover for the first phase was shown to increase the number of students who scored well for remuneration component of 20%. These data show the effectiveness of the first phase of the package

Keywords:affixes teaching, memorable affixes, Malay

Kata kunci : pengajaran imbuhan, berkesan, bahasa Melayu

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.