Portal Jurnal UPI

@rtikulasi

Jurnal Kajian Bahasa Dan Sastra Indonesia

@rtikulasi merupakan berkala ilmiah diterbitkan dua kali dalam setahun, Mei dan November, berisi hasil penelitian, pemikiran, dan kajian bahasa dan sastra Indonesia.  

EDISI

« Vol. 11, No. 2, November 2012

MEMBINA KEDAMAIAN DI WILAYAH SEMPADAN SELATAN THAILAND MELALUI LAGU RAKYAT MELAYU PATANI

Aminoh Jehwae, Department of Eastern Language, Prince of Songkla University
Abstrak
Membina Kedamaian di Wilayah Sempadan Selatan Thailand Melalui Lagu Rakyat Melayu Patani. “Lagu” bukan hanya sebagai bahan hiburan tetapi turut menjadi bahan untuk menerokai dan mempelajari berbagai ilmu seperti ilmu sejarah, seni kedudayaan, adat istiadat dan sebagainya. Wilayah Sempadan Selatan Thailand adalah sebuah kawasan yang unik dan berbeza dengan kawasan lain di Negara Thai. Beberapa khazanah Melayu yang ditemui di sini. Antaranya ialah lagu rakyat Melayu Patani yang merupakan salah satu khazanah sastera yang bernilai bagi masyarakat Melayu di wilayah ini. Setelah tercetus kembail konflik di Selatan Thai land pada tahun 2004. Beberapa pihak dan badan telah menjalankan ratusan projek demi untuk membina kedamaian dan kesefahaman di kawasan ini. Namun keganasan masih berlaku. Malah ia semakin menuju ke arah yang amat membimbangkan. Ada yang berpendapat bahawa masalah konfilk di Selatan Thailand berpunca dari kemiskinan rakyat dan kemunduran pendidikan. Beberapa pendapat dan cadangan dilontarkan. Ada kala benar dan ada kalanya tidak. Namun bagi pengkaji masalah ketidakamanan yang berlaku di sini hanya boleh diselesaikan melalui cara membentuk kesefahaman di antara satu sama lain. Oleh itu, kertas kerja ini dilakukan untuk memperkenalkan satu cara untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan damai melalui penghayatan lagu rakyat Melayu Patani yang dikumpul oleh pengkaji sendiri. Ini kerana terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa lagu rakyat mampu memupuk nilai murni kepada penghibur seperti sikap bertolak ansur, tolong menolong atau bantu membantu. Selain itu, ia juga memaparkan sejarah, pantun, kehidupan dan seni kebudayaan yang sudah lama dilupakan. Oleh kerana lagu rakyat boleh dihayati oleh semua lapisan masayarakat sama ada tua, muda malah kanak-kanak juga turut meminatinya. Maka lagu rakyat Melayu Patani dijadikan sebagai bahan pengajaran di sekolah Dwibahasa yang berada di wilayah Sempadan Selatan Thailand. Penggunaan lagu rakyat sebagai bahan membina kedamaian merupakan cara yang paling mudah dan berkesan kerana manusia selalunya gemar kepada rentak dan irama terutamanya kanak-kanak.

Kata Kunci: kedamaian, lagu rakyat, pantun, dwibahasa


Absract
Build Peace in the Southern Border Provinces of Thailand Pattani Malay Through the Folk Songs. "A song" is not only as a pastime but also serve to explore and learn all kinds of things such as the history of science, art of culture, customs and so on. Southern Border Provinces of Thailand is an area that is unique and different from other areas in Thailand. Some Malay treasures found here. Among them is the Patani Malay folk song that is one of the literary treasures of value for the Malay community in the region. Once triggered kembail land conflict in southern Thailand in 2004. Several parties and institutes have conducted hundreds of projects in order to build peace and understanding in this area. But the violence is still occurs. In fact it is increasingly moving towards a very worrying. Some would argue that the problem konfilk in Southern Thailand due to poverty and educational backwardness. Some opinions and suggestions thrown. Sometimes they are true and sometimes not. But the researchers insecurity problems that occur here can only be resolved by means of creating understanding between each other. Therefore, this paper is made to introduce a way to create a peaceful and harmonious society through the appreciation of the Patani Malay folk songs collected by the researcher himself. This is because there are some studies that show that people tune able to inculcate performers such as tolerance, mutual help or assist. In addition, it also highlights the history, poem, life and art of the long-forgotten culture. Because of the folk songs can be appreciated by all walks people whether old, young and even children also admired it. So Patani Malay folk song used as teaching materials in schools in the Bilingual Southern Border region of Thailand. The use of folk songs as a way to build peace is the most convenient and effective for humans often like to beat and rhythm, especially children.

Keywords: peace, folk song, poem, bilingual








Kata kunci : kedamaian, lagu rakyat, pantun, dwibahasa

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.