Portal Jurnal UPI

@rtikulasi

Jurnal Kajian Bahasa Dan Sastra Indonesia

@rtikulasi merupakan berkala ilmiah diterbitkan dua kali dalam setahun, Mei dan November, berisi hasil penelitian, pemikiran, dan kajian bahasa dan sastra Indonesia.  

EDISI

« Vol. 11, No. 2, November 2012

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH BAGIMENINGKATKAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Fadilah Isnin, Pusat Bahasa Melayu Singapura
Abstrak
Kurikulum Berasaskan Sekolah bagi Meningkatkan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Sistem pendidikan negara Singapura telah memberikan banyak ruang dan peluang kepada guru dan sekolah untuk lebih kreatif dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu perubahan utama yang telah dilaksanakan adalah dengan memberikan ‘ruang putih’ kepada guru untuk membina dan melaksanakan program yang selaras dengan keperluan dan minat pelajar serta tukikan sekolah. Sejajar dengan seruan Kementerian Pendidikan Singapura: Kurangkan Mengajar, Lebihkan Belajar (TLLM) guru digalakkan agar menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar belajar secara aktif. Sehubungan dengan itu, kertas kerja membincangkan usaha yang dijalankan oleh sekolah-sekolah dalam merencana dan melaksana Kurikiulum Berasaskan Sekolah (KBS). Kertas ini menggunakan kerangka KBS yang diketengahkan oleh Malcom Skillbeck. Menurut Skillbeck (1984) KBS merupakan program yang dibina oleh sesuatu instutusi pendidikan yang merangkumi perancangan, pembinaan, pelaksanaan dan penilaian pembelajaran pelajar. Kertas ini membincangkan usaha 9 sekolah rendah dan 9 sekolah menengah dalam merancang dan melaksanakan KBS untuk membina kemahiran bahasa para pelajar melalui aktiviti yang interaktif dan membina kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran bahasa Melayu. Analisis usaha sekolah berfokus pada perancangan, pembinaan bahan, pelaksanaan dan penilaian program KBS. Hasil bimbingan yang dilakukan menunjukkan guru telah dapat melakarkan program KBS dengan teratur dan melaksanakan program KBS dengan berkesan. Berdasarkan program yang dilaksanakan, terdapat pelbagai fokus program antara lain seperti lagu dalam bilik darjah, akhbar dalam bilik darjah, drama dalam bilik darjah, media sebagai jaringan minda, penyerapan unsur dan bahan sastera, ICT, pembelajaran melalui pengalaman dan kesenian. Dapatan pengamatan menunjukkan program KBS yang berfokus pada aspek kesenian membentuk jumlah yang paling tinggi, iaitu 33%. Berdasarkan kemahiran pula, terdapat gabung jalin antara kemahiran yang hendak dicapai seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis dan bertutur dan membaca. Berdasarkan maklum balas guru, dapatan pengamatan menunjukkan Program KBS telah dapat memenuhi keperluan pelajar dan melibatkan pelajar secara aktif serta meningkatkan kemahiran bahasa dan pengetahuan budaya mereka.

Kata Kunci: KBS, inovasi, bahasa Melayu

Abstract
School-Based Curriculum to Enhance Innovation in Teaching and Learning of Malay Language. Singapore's education system has provided many opportunities to teachers and schools to be more creative in improving the quality of teaching and learning in the classroom. One of the major changes that have been implemented is to provide 'white space' for teachers to develop and implement programs in line with the needs and interests of students and dive school. In line with the Ministry of Education, Singapore: Teaching Reduce, more hands-Learning (TLLM) teachers are encouraged to carry out the teaching and learning that engage students in active learning. Accordingly, this paper discusses the efforts made by schools in planning and implementing school-based Kurikiulum (KBS). This paper using the framework put forward by Malcolm KBS Skillbeck. According Skillbeck (1984), KBS is a program built by an educational institutional the planning, construction, implementation and evaluation of student learning. This paper discusses efforts to nine primary schools and 9 secondary schools in planning and implementing ministry to build students' language skills through interactive activities and build 21st century skills in learning the Malay language. Analysis focused on school work planning, construction materials, implementation and evaluation of programs of KBS. Revenue guidance teacher has done shows can draw KBS program properly and effectively implement KBS. Based programs, there are a variety of other programs focus like the song in the classroom, the newspaper in the classroom, the classroom drama, media as a network of mind, absorption of elements and literary materials, ICT, learning through experience and artistry. Observational findings show KBS program that focuses on aspects of the art form a high amount, which is 33%. Based on skills, there intergrated between the skills to be achieved such as listening and speaking, reading and writing and speaking and reading. Based on teacher feedback, observational findings show KBS Programme has been able to meet the needs of students and actively engage students and improve their language skills and cultural knowledge.

Keywords: KBS, innovation, Malay

Kata kunci : KBS, inovasi, bahasa Melayu

Abstrak DOC       Abstrak PDF       Send to email      Print      Share on Facebook

© Universitas Pendidikan Indonesia 2011.